Popular Posts

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru bermula disertai Azam Baru

Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga tahu baru membawa 1001 keberkatan, kesenangan, pengampunan, kekayaan, kesihatan dan kesejahteraan.

Esok, 3 Januari 2011, saya akan memulakan latihan industri bersama-sama 2 orang lagi rakan saya iaitu Nurul Ain Basri dan juga Nur Husna.

Saya akan memulakan latihan di Seremban di kilang yang bernama Shahrich Food Processing.
Besarlah harapan saya sekiranya saya dapat menyesuaikan diri dan mempelajari sesuatu yang baru di kilang tersebut. InsyaAllah.

Pada ketika dan saat ini, terbayang di kepala saya akan rakan-rakan sekuliah yang lain di mana mereka semua mempunyai tempat LI yang berlainan. Pastinya, pengalaman juga akan berlainan. Huhuhu. Sedih pun ada juga sebab tak dapat bersama-sama diorang. Huhuhu...

Apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk kalian dan diri saya juga. Semoga kita akan beroleh suatu kenangan yang akan terpahat manis di memoir ingatan kita semua. InsyaAllah, amiinn... :)

Salam kasih sayang dari saya. Dan saya pasti akan merindui UPM dan rakan-rakan di UPM juga.